Thursday, June 21, 2012

Sedih.

Sebagai seorang lelaki, semua ada ego tersendiri. Perempuan pun ada ego aku tahu. Tapi kalau lelaki je turunkan ego sebab nak sama dengan perempuan tu, nak sedapkan hati perempuan tu, tak boleh jugak. Manusia ada limit yang tersendiri. Even kadang-kadang lumrah alam kena terlebih sikit limit tu takpe lah.

Aku cuma mintak turunkan ego tu sikit je.

Sedih tahu. sedih. Aku mintak tolong tu je. Semua kena tahu sebab apa aku mintak hubungan ni berhenti kejap. Keep in mind aku mintak putus ni sementara, aku nak jauhkan diri kejap. Aku bukan benci dia, aku bukan cannot go. Aku nak berhenti sekejap, supaya dia sedar apa yang dia buat tu. Bukan sebab apa. Aku tak suka kena ignore. Dari dulu lagi.

Bercinta betul la, kena faham la every single thing si pasangan tu. Bergaduh tu perkara biasa, nak suruh berubah sikit-sikit tu pun pada aku perkara biasa. Dia terlalu sibuk dengan kerja dia, family dia, dan baru-baru ni baru masuk study. Dia memang sibuk, aku tahu, aku faham. Situation dia sekarang ni, aku memang dia contact, tiap-tiap hari. Bagus lah. Aku appreciate. Serious.

Tapi, benda yang membawa masalahnya, dia terlalu busy untuk hidup dia. Bagus la prioritise family, kerja, study dan baru aku. Aku memang salute, as a pasangan dia, aku faham lah. Yang menjadi masalah, dia dah tak ada masa untuk aku. Kami tinggal berdekatan kalau nak tahu. About 5-7 km je beza jarak antara rumah dia and rumah aku.

Jarak antara rumah dan tempat kerja dia pun agak sama. Yang betul-betul buat aku restless, and pelik. Kenapa susah sangat nak singgah rumah aku, or ajak aku pergi minum ke sekejap. Bukan nya effort terlebih. Bukan aku mintak dia ambil aku. Aku kadang-kadang confused.

Dia memang dipelihara lah. Anak dara memang tak boleh keluar malam, aku faham. Cuma pelik, petang lepas balik kerja bukan lah waktu malam. Itu waktu petang. The last thing yang jadi bila dah 3 minggu dia terlampau sibuk dengan hidup dia.

Pagi pergi kerja, kadang-kadang nak call tengah hari pun dia sibuk. Balik petang tu, dia call, mintak ajak jumpa dia cakap dia sibuk. Ok dah waktu malam. Mintak call, dia cakap dia tengah tolong mak dia, tolong hidang makanan semua. Ok lah, tunggu dia settle semua baru lah aku rasa boleh nak call. Pukul 10 aku call dia cakap tengah ini lah, itu lah. Pukul 11 lebih call dah tak angkat. Dia dah tidur.

Takpe lah, mungkin dia letih. Dia terlampau letih dengan aktiviti hidup dia.


Esok pagi dia call,

'..sorry semalam tertidur. Letih sangat..'

Tak apa lah, bukan selalu kan.

Bayangkan benda ni jadi almost setahun lebih. Lagi parah bila the last 6 month tu.. Aku dah mintak tolong lah jangan tinggal aku tengah-tengah malam. Aku sunyi. Dia mintak maaf. Esok buat lagi.

Sampai satu tahap aku senyap. Boleh buat apa?. Limit aku dah sampai. Tapi aku boleh consider lagi. Since dia bukan pun isteri aku, and aku bukan jenis marah-marah. Biar lah. Ada lah masa nya tu. Tapi kena lah tahu manusia ada limit. Dia tak suka dipaksa, aku tahu. Tapi macam mana aku nak buat orang tu faham kalau aku tak tunjuk apa masalah aku?. Kadang-kadang silap. Persuasion tu dianggap paksaan. Aku ni dianggap beban pulak.

Fast forward now, aku tengok dia boleh pulak online sampai pagi-pagi. Itu yang aku tak faham. Manusia berubah. Berubah mungkin sebab diri sendiri, atau paksaan. Mungkin aku ni terkongkong lebih. Maaf.


No comments:

Post a Comment