Friday, June 15, 2012

2-3 Bulan Lepas


Kalau bagi aku tulis 2-3 bulan lepas, kemungkinan tak sama dengan aku tulis hari ni. Mungkin yang sebelum ni aku tulis, mungkin buat orang terasa terlebih. Sebenarnya tak ada niat pun aku nak sakitkan hati siapa-siapa. Cuma aku rasa kadang-kadang, nak sedapkan hati sendiri, terpaksa berkorban jugak untuk orang. Maksud aku orang lain tak boleh happy sangat lah.

Aku mengaku agak depress jugak bila sedar kenapa aku buat benda ni. Cuma aku tau, dan mungkin dia pun tahu sebab apa aku buat macam ni. Bukan aku tak salah, dan bukan dia tak salah jugak. Aku cuma rasa tak perlu lah apa yang dia buat sekarang ni. Mungkin dia rasa nak balas dendam sikit-sikit. Tak apa lah. Kalau dia rasa dia happy macam tu. 



Nak buat tak ada rasa hati perut, tapi tak sampai hati. Sebab kita sama rasa. 


Keadaan hidup selepas seketika ni, boleh tahan. Semua tak ada lah ok sangat. Biasa-biasa. Teruskan kehidupan orang cakap. Class dah start, aku dah tinggalkan tempat kerja lama aku. Kawan-kawan makin support. Ukuran pinggang makin kempis. Yang lain maintain, cuma mungkin lah ada 2-3 benda yang aku lupa nak bagi tahu. 

Hidup confirm ah kena teruskan. Aku bukan apa. Kesian. Nanti aku cerita sebab apa terjadi semua benda. Lagipun aku tulis ni bukan untuk semua orang. Untuk aku je. Kalau ada orang baca. Itupun kalau ada. 

Cuma ye lah, aku tertanya-tanya jugak. Macam mana keadaan sekarang? Ok ke tak? Tapi apa-apa pun dia bukan nak jawab. Tak apa lah. Janji dia tahu apa yang dia buat. Aku dah tak boleh buat apa dah.

No comments:

Post a Comment