Thursday, September 20, 2012

Belum sampai

Aku rasa masih belum sampai masa lagi aku bercerita pasal kisah berputik cinta.

3 bulan


Tepat 3 bulan dari entri lepas, aku mula menulis balik. Aku rasa mungkin betul vibe aku bawa ke arah sekarang ni. Arah yang buat aku terduduk di depan komputer menaip semua, segala rasa. 

Banyak perkara yang dah berubah, yang bermasalah dan juga yang tak berubah. Tak semena, ramai juga yang terlibat dalam satu benda yang sama. Perkara yang sama menghidupkan kita, juga mematikan kita, sel pemikiran dan sel usus. Dah pukul 2.23 a.m. , aku masih tak berapa pasti, apa yang sebenar-benarnya aku akan draf kan. Mungkin benda biasa berkisar masalah yang tak biasa dialami.

Tak biasa, tak kena dan tak berupa masalah.

Kadang-kadang hidup yang bermasalah ni mungkin menggangu kita, tapi sedarlah bahawa tak semua masalah tu, menambahkan masalah kita. Tanpa jatuh basikal, kita tak kenal erti nak bangun balik semula. Tanpa sakit bercinta, kita tak akan kenal rasa susah pengorbanan.

Jangan ambil semua masalah dan cepat putus asa. (Pesanan kepada diri sendiri juga) Kerana dengan masalah ni lah yang akan membina asal usul kita, keperibadian kita, salah silap kita. Tak salah kalau TERbuat masalah. 

People make mistakes.

Yes, they really do. 

Bersyukur dengan apa yang ada. Berdoa, kerana orang yang bermasalah saja tahu betapa peritnya apa yang mereka lalui. Kita mungkin ada masalah yang besar, tapi cuba fikir, kemungkinan orang lain mungkin ada masalah yang lagi besar, lagi besar dari kemampuan kita untuk menyelesaikan masalah yang ada. 

Bersyukur, berdoa kepada hadrat illahi. Kerana kita masih hidup, masih segar, masih tenang menempuhi semua masalah yang ada.

'..anda tidak akan merasai nikmat manis jika tidak pernah merasa pahit...'

Thursday, June 21, 2012

Masing Masing.

Komitmen. Punca aku berpisah memang berkisar komitmen. Apa yang semua rasa berkisar komitmen dalam hubungan ni? Komitmen pada aku bermaksud apa yang kita buat tu kita tahu, dan orang yang tersayang tu pun tahu jugak. Apa yang aku harapkan, komitmen berjumpa tu lah. 


Sibuk memang sibuk. Sibuk dia lah. Mungkin dia tak tahu yang aku ni pun bekerja, ada komitmen hidup, dan sibuk jugak. Life orang bekerja. Biasalah. Dia call aku, aku call dia, tiap-tiap malam, itu komitmen. Bagus lah. Mungkin dia terlupa apa yang aku nak selama ini daripada dia.

Dulu aku pernah cakap kat dia. Aku bukan jenis orang yang texting. Dan jarang sekali nak mengangkat telefon. Sebab susah. Komitmen pada aku, komitmen boleh berjumpa. At least jumpa boleh tengok muka, bau wangi dia, dengar suara, tengok raut muka dia. Ya, betul. Aku rindu semua tu. Tapi kena lah faham ,aku bukan mintak 2-3 kali sehari nak berjumpa. Itu clingy.


Aku mintak berjumpa 2-3 kali seminggu. Or least, sekali seminggu je. Bukan apa. Kalau long-distance relationship aku faham. Dulu aku dengan dia pun long distance masa aku belajar jauh dari dia. Tak apa lah. Masing-masing faham apa yang masing masing nak. Sekarang bila dah serious sikit dalam relationship tu, komitmen tu berkurang.

Love becomes idle. Semua benda buat jadi tak rasa apa-apa. Mungkin dia pun dah lali dah tak berjumpa dengan aku. Aku mintak, tolonglah, nak jumpa sekali seminggu. Dia practically lalu depan rumah aku tiap-tiap hari. Takkan lah mintak jumpa sekejap tak boleh. Komitmen famili katanya. Tak apa lah.

Dia pun mungkin bagi terbaik untuk komitmen dia, mungkin dia lupa apa yang aku mintak. Boleh buat apa. Kita sama-sama tahu yang kita boleh jadi pelupa. Boleh buat apa. Aku tak marah pun, cuma confuse. Tu je. 

Sedih.

Sebagai seorang lelaki, semua ada ego tersendiri. Perempuan pun ada ego aku tahu. Tapi kalau lelaki je turunkan ego sebab nak sama dengan perempuan tu, nak sedapkan hati perempuan tu, tak boleh jugak. Manusia ada limit yang tersendiri. Even kadang-kadang lumrah alam kena terlebih sikit limit tu takpe lah.

Aku cuma mintak turunkan ego tu sikit je.

Sedih tahu. sedih. Aku mintak tolong tu je. Semua kena tahu sebab apa aku mintak hubungan ni berhenti kejap. Keep in mind aku mintak putus ni sementara, aku nak jauhkan diri kejap. Aku bukan benci dia, aku bukan cannot go. Aku nak berhenti sekejap, supaya dia sedar apa yang dia buat tu. Bukan sebab apa. Aku tak suka kena ignore. Dari dulu lagi.

Bercinta betul la, kena faham la every single thing si pasangan tu. Bergaduh tu perkara biasa, nak suruh berubah sikit-sikit tu pun pada aku perkara biasa. Dia terlalu sibuk dengan kerja dia, family dia, dan baru-baru ni baru masuk study. Dia memang sibuk, aku tahu, aku faham. Situation dia sekarang ni, aku memang dia contact, tiap-tiap hari. Bagus lah. Aku appreciate. Serious.

Tapi, benda yang membawa masalahnya, dia terlalu busy untuk hidup dia. Bagus la prioritise family, kerja, study dan baru aku. Aku memang salute, as a pasangan dia, aku faham lah. Yang menjadi masalah, dia dah tak ada masa untuk aku. Kami tinggal berdekatan kalau nak tahu. About 5-7 km je beza jarak antara rumah dia and rumah aku.

Jarak antara rumah dan tempat kerja dia pun agak sama. Yang betul-betul buat aku restless, and pelik. Kenapa susah sangat nak singgah rumah aku, or ajak aku pergi minum ke sekejap. Bukan nya effort terlebih. Bukan aku mintak dia ambil aku. Aku kadang-kadang confused.

Dia memang dipelihara lah. Anak dara memang tak boleh keluar malam, aku faham. Cuma pelik, petang lepas balik kerja bukan lah waktu malam. Itu waktu petang. The last thing yang jadi bila dah 3 minggu dia terlampau sibuk dengan hidup dia.

Pagi pergi kerja, kadang-kadang nak call tengah hari pun dia sibuk. Balik petang tu, dia call, mintak ajak jumpa dia cakap dia sibuk. Ok dah waktu malam. Mintak call, dia cakap dia tengah tolong mak dia, tolong hidang makanan semua. Ok lah, tunggu dia settle semua baru lah aku rasa boleh nak call. Pukul 10 aku call dia cakap tengah ini lah, itu lah. Pukul 11 lebih call dah tak angkat. Dia dah tidur.

Takpe lah, mungkin dia letih. Dia terlampau letih dengan aktiviti hidup dia.


Esok pagi dia call,

'..sorry semalam tertidur. Letih sangat..'

Tak apa lah, bukan selalu kan.

Bayangkan benda ni jadi almost setahun lebih. Lagi parah bila the last 6 month tu.. Aku dah mintak tolong lah jangan tinggal aku tengah-tengah malam. Aku sunyi. Dia mintak maaf. Esok buat lagi.

Sampai satu tahap aku senyap. Boleh buat apa?. Limit aku dah sampai. Tapi aku boleh consider lagi. Since dia bukan pun isteri aku, and aku bukan jenis marah-marah. Biar lah. Ada lah masa nya tu. Tapi kena lah tahu manusia ada limit. Dia tak suka dipaksa, aku tahu. Tapi macam mana aku nak buat orang tu faham kalau aku tak tunjuk apa masalah aku?. Kadang-kadang silap. Persuasion tu dianggap paksaan. Aku ni dianggap beban pulak.

Fast forward now, aku tengok dia boleh pulak online sampai pagi-pagi. Itu yang aku tak faham. Manusia berubah. Berubah mungkin sebab diri sendiri, atau paksaan. Mungkin aku ni terkongkong lebih. Maaf.


Lumrah alam

Dah dekat 2 bulan. Aku dah tak rasa marah. Kadang-kadang je pelik kenapa kau boleh berubah macam tu. Dulu aku mintak, pujuk, persuade, tapi kadang-kadang je berubah. Lepas tu kembali ke perangai yang asal. Kena ingat yang aku buat semua benda ni untuk kau jugak. Sayang. Banyak benda obvious yang jadi, apa yang dia tak suka semua buat. Dulu dah tegur, mungkin self-loved dia tinggi sangat, dia tak tercapai nak ikut cakap aku.

Bukan aku marah, cuma aku confused. Sedih. Dulu aku mintak punya la baik-baik. Sampai rasa marah. Lepas tu baik semula. Sama jugak. Alasan pun sama. Hmm. Sedih aku rasa. Sehipokrit-hipokrit aku ni, aku rasa, rupanya ada lagi lebih. Aku sedih. Tu je. Aku mintak tolong adapt je. Tapi sekarang? Nak borak-borak boleh tengah-tengah malam. Nak tweet boleh. Nak buat apa pun boleh.

Nak kata aku kongkong masa dalam relationship dulu, aku all out bagi dia kepercayaan. Keluar lah dengan siapa-siapa pun, janji tahu batas, tahu diri sendiri. Mungkin itu buat dia terasa terkongkong. Dulu aku bagi jugak kepercayaan nak buat apa-apa pun. Cuma ya lah, dalam masa tu aku fikir in order nak jadi suami orang nanti, kena lah pandai kawal.

Shopping semua perempuan suka. Memang tak boleh halang. Perempuan-perempuan dalam hidup aku tak pernah aku jumpa yang tak suka shopping. Lumrah alam bagi diorang. Aku suruh berhenti beli handbag dulu pun sebab dia dah ada terlalu banyak. Aku letak satu tahap, 6 bulan tak boleh beli. Bukan nya aku benci dia nak beli ke apa, cuma nak lah mengajar sikit supaya tak boros.

Itu pun aku mengaku aku terlebih kongkong tahap tu. Sorry. Bukan sengaja, aku pun buat salah.


Friday, June 15, 2012

Nak Ajak.


Kerja aku sejak start belajar ni, tak ada la rumit sangat. Semua rutin. Pergi kelas. Balik kelas. Lepak. Balik tidur. Esok lusa baru settle assignment. Nak cakap aku kesunyian, mungkin jugak kot. Kalau dulu ada orang nak call, kita dah balik, kita baru pergi kelas, kita nak pergi lunch, kita nak buat ini buat itu. Itu dulu lah. Sekarang dah lain.

Nak ajak keluar mula-mula. Tapi kensel lah. Bukan aku yang suka kensel kan benda-benda ni. Aku boleh je kat mana-mana. Cuma kadang-kadang alasan tu macam dah tak relevan sangat. Nak kata aku push sangat. Tak ada lah. Suka jugak push dulu. Tapi aku push ada limit lah. Tak lebih limit dia.

Tapi itu dulu lah. Sekarang dah tak ada apa. Sebab pilihan aku sendiri. Ok, back to basic, aku sebenarnya nak cari idea, selain dari buat assignment, aku nak isi masa lapang aku. Aku nak cuba hidup cara yang kau cuba praktikkan dan nak tengok sejauh mana kebenaran tu. Cuba punya cuba. Tiap-tiap hari rutin sama. Tiap-tiap minggu rutin yang sama. Tiap-tiap bulan rutin yang sama.

Respect people, know people, adapt to a certain people. If you can't, why bother? 

2-3 Bulan Lepas


Kalau bagi aku tulis 2-3 bulan lepas, kemungkinan tak sama dengan aku tulis hari ni. Mungkin yang sebelum ni aku tulis, mungkin buat orang terasa terlebih. Sebenarnya tak ada niat pun aku nak sakitkan hati siapa-siapa. Cuma aku rasa kadang-kadang, nak sedapkan hati sendiri, terpaksa berkorban jugak untuk orang. Maksud aku orang lain tak boleh happy sangat lah.

Aku mengaku agak depress jugak bila sedar kenapa aku buat benda ni. Cuma aku tau, dan mungkin dia pun tahu sebab apa aku buat macam ni. Bukan aku tak salah, dan bukan dia tak salah jugak. Aku cuma rasa tak perlu lah apa yang dia buat sekarang ni. Mungkin dia rasa nak balas dendam sikit-sikit. Tak apa lah. Kalau dia rasa dia happy macam tu. 



Nak buat tak ada rasa hati perut, tapi tak sampai hati. Sebab kita sama rasa. 


Keadaan hidup selepas seketika ni, boleh tahan. Semua tak ada lah ok sangat. Biasa-biasa. Teruskan kehidupan orang cakap. Class dah start, aku dah tinggalkan tempat kerja lama aku. Kawan-kawan makin support. Ukuran pinggang makin kempis. Yang lain maintain, cuma mungkin lah ada 2-3 benda yang aku lupa nak bagi tahu. 

Hidup confirm ah kena teruskan. Aku bukan apa. Kesian. Nanti aku cerita sebab apa terjadi semua benda. Lagipun aku tulis ni bukan untuk semua orang. Untuk aku je. Kalau ada orang baca. Itupun kalau ada. 

Cuma ye lah, aku tertanya-tanya jugak. Macam mana keadaan sekarang? Ok ke tak? Tapi apa-apa pun dia bukan nak jawab. Tak apa lah. Janji dia tahu apa yang dia buat. Aku dah tak boleh buat apa dah.