Thursday, September 20, 2012

3 bulan


Tepat 3 bulan dari entri lepas, aku mula menulis balik. Aku rasa mungkin betul vibe aku bawa ke arah sekarang ni. Arah yang buat aku terduduk di depan komputer menaip semua, segala rasa. 

Banyak perkara yang dah berubah, yang bermasalah dan juga yang tak berubah. Tak semena, ramai juga yang terlibat dalam satu benda yang sama. Perkara yang sama menghidupkan kita, juga mematikan kita, sel pemikiran dan sel usus. Dah pukul 2.23 a.m. , aku masih tak berapa pasti, apa yang sebenar-benarnya aku akan draf kan. Mungkin benda biasa berkisar masalah yang tak biasa dialami.

Tak biasa, tak kena dan tak berupa masalah.

Kadang-kadang hidup yang bermasalah ni mungkin menggangu kita, tapi sedarlah bahawa tak semua masalah tu, menambahkan masalah kita. Tanpa jatuh basikal, kita tak kenal erti nak bangun balik semula. Tanpa sakit bercinta, kita tak akan kenal rasa susah pengorbanan.

Jangan ambil semua masalah dan cepat putus asa. (Pesanan kepada diri sendiri juga) Kerana dengan masalah ni lah yang akan membina asal usul kita, keperibadian kita, salah silap kita. Tak salah kalau TERbuat masalah. 

People make mistakes.

Yes, they really do. 

Bersyukur dengan apa yang ada. Berdoa, kerana orang yang bermasalah saja tahu betapa peritnya apa yang mereka lalui. Kita mungkin ada masalah yang besar, tapi cuba fikir, kemungkinan orang lain mungkin ada masalah yang lagi besar, lagi besar dari kemampuan kita untuk menyelesaikan masalah yang ada. 

Bersyukur, berdoa kepada hadrat illahi. Kerana kita masih hidup, masih segar, masih tenang menempuhi semua masalah yang ada.

'..anda tidak akan merasai nikmat manis jika tidak pernah merasa pahit...'

No comments:

Post a Comment